STRATEGI GROW & SCALE UP BISNES LEBIH LAJU
The New Gameplan Untuk Conquer Bisnes 2025 :
New Business Strategy, Hit 10X Jualan Lebih Laju & Ready Untuk Automate Bisnes Anda!
5 & 6 Februari (Rabu & Khamis)
8AM - 6PM
Shah Alam Convention Centre (SACC)
Adakah Bisnes Anda Mengalami Masalah Seperti Ini?
Sales stuck dan tak pernah capai angka baru. Dah buat macam - macam tapi tak ada perubahan. Ataupun bisnes dah stabil tapi bila nak scale up semua tak jadi. Contohnya, Nak tambah cawangan gagal, nak masuk pasaran baru pun gagal menyebabkan anda kerugian yang besar.
Pengurusan bisnes tak ada skema / SOP yang sepatutnya. Seorang staf buat 2-3 kerja. Akhirnya 'turn over' pekerja tinggi dalam syarikat dan rugi masa, tenaga dan duit untuk hire orang baru dalam bisnes. Situasi macam ni sampai bila - bila bisnes takkan grow.
Macam - macam strategi marketing dah buat, siap dah hantar team pergi kelas untuk belajar tapi hasil masih juga sama. Orang lain buat jadi, tapi kita buat kenapa tak jadi?? Akhirnya bisnes tenggelam dengan marketing yang dibuat oleh pesaing!
Cabaran Sebelum Bersama FunnelEvo:
Sebelum ni tak tahu cara berniaga secara online, jual emas hanya di kedai secara offline face to face. Teringin nak breakthrough bisnes dengan buat jualan secara online tapi tak tahu cara dan tak ada orang guide.
Strategi marketing yang dibuat hanya sama tak pernah ikut trend. Akhirnya brand bisnes hanya statik macam tu sahaja.
Perubahan Selepas Bersama FunnelEvo:
Jualan bisnes beliau hanya sekitar RM30,000 dalam masa 6 bulan, tapi kini RM30,000 sebulan. Alhamdulillah jualan meningkat 6 kali ganda daripada nilai jualan sebelumnya. Berjaya melepasi sales target bulanan, malah cecah 1.8KG.
Beliau juga baru lepas join Expo di SACC, pertama kali untuk buat branding dan sekarang sudah hantar 6 orang team ke ESQ untuk PTP Training hasil program kerjasama FExESQ.
Kejayaan bisnes emas beliau dapat dilihat apabila sales bulan Januari 2024 melebih dari sales Januari 2023 sebanyak 150% (Jan 2023: RM196,000, Jan 2024: RM373,085.11). 'Walk in' customer juga semakin kerap datang ke kedai walaupun pada hari biasa.
Kini, beliau baru sahaja pertama kali sertai event Fashion Award dan nama Sabihah Gold semakin dikenali sehinggakan media seperti RTM, Astro dah mula mengenali beliau dan perusahaan yang dijalanlan.
Cabaran Sebelum Bersama FunnelEvo:
Bisnes menghadapi masalah dan paling kritikal macam mana nak guide staff lebih bertanggungjawab terhadap kerja mereka kerana kebanyakan staff adalah golongan muda dan mereka mempunyai masalah attitude untuk hadir kerja awal.
Tak tahu cara paling tepat nak recruit pekerja tempatan dan macam mana nak bagi pekerja kekal bersemangat dan bermotivasi untuk bekerja. Staff lama pula 'besar kepala' dan semakin susah nak diuruskan. Sebelum ni pernah bagi buat kempen untuk beri motor kepada staf baru, tapi prestasi staf tersebut tak perform dan lagi teruk pecah amanah dalam bisnes!
Perubahan Selepas Bersama FunnelEvo:
Berjaya memberi insentif kepada keluarga , anak, ibu ayah untuk staff yang konsisten perform. Beliau juga merancang untuk buat Team building bersama 30 orang Top Manager.
Kini beliau berjaya untuk buka new outlet yg ke 17 di Tamarind Square dan menjadikan jumlah keseluruhan staf sekarang seramai 400 orang. Beliau juga membentuk dan mengajar team untuk cara menaikkan sales melalui platform social media.
Cabaran Sebelum Bersama FunnelEvo:
Tiada ilmu bisnes yang betul dan pengurusan staf yang tidak teratur. Bisnes yang dijalankan tiada SOP dan menyukarkan dalam banyak keadaan. Beliau juga tidak tahu cara nak kembangkan bisnes lebih jauh.
Perubahan Selepas Bersama FunnelEvo:
Bisnes diwarisi dari parents. Kini dah ada 2 cawangan dan sales berjaya naik berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian yang membanggakan bila boleh keluar dari operasi dan mempunyai masa untuk berfikir tentang strategi untuk bisnes.
Staff lama yang berkelayakan juga dinaikkan menjadi Manager Cawangan. Pengurusan lebih teratur dan sistematik dan syarikat dah mula ada structure organization chart.
Sejak berlajar dengan FunnelEvo sudah tambah 1 platform marketing iaitu di Tik tok. Sekarang sudah menjalankan iklan di Facebook & Tiktok selepas masuk Funnel Hacker & EMU+ bersama FunnelEvo.
Cabaran Sebelum Bersama FunnelEvo:
Beliau tidak mempunyai direction yang jelas dan perlu tanggung risiko sendiri. Pengurusan pula tidak terurus dan staff selalu ugut nak berhenti.
Beliau berbisnes dengan hanya ikut gerak hati tanpa ada perancangan hala tuju bisnes yang jelas. Produk beliau hanya dipasarkan di sekitar pantai timur. Bisnes beliau juga hanya mempunyai 8 orang staf dan tidak dapat menampung production yang dijalankan.
Perubahan Selepas Bersama FunnelEvo:
Dapat ilmu grow bisnes dan pengurusan yang betul. Pengurusan lebih stabil dan teratur dan staf lebih yakin dengan hala tuju syarikat. Staff berkembang sehingga 17 orang.
Perubahan yang dihasilkan membantu beliau untuk berbelanja dengan lebih berhemah setelah perbetulkan aliran kewangan bisnes. Circle bersama FunnelEvo juga banyak membantu dan ilmu bisnes yang dipelajari meluas dari pelbagai bidang.
Kini produk beliau expand ke luar pantai timur dan telah masuk ke negeri lain seperti Penang, Perak, KL Selangor, Melaka, Johor & Negeri Sembilan.
📍LOKASI:
Shah Alam Convention Centre (SACC)
📅 TARIKH:
5 & 6 Februari 2025
(Rabu & Khamis)
🕗 MASA:
8.00 Pagi - 6.00 Petang
Merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo.
Mula aktif dalam pemasaran menggunakan internet sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang. Pada permulaan perniagaan beliau bermula hanya dari rumah sahaja, namun pada tahun 2013, beliau mula menubuhkan syarikat sendiri yang fokus memasarkan produk dan servis di platform digital.
Alhamdulillah tahun demi tahun apabila perniagaan beliau semakin maju ,ramai yang mengajukan soalan kepada beliau dan bermula dari situlah beliau mula buat kelas untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pemilik bisnes sama ada bisnes kecil atau pun besar. Beliau juga merupakan penulis buku bertajuk : Sales Funnel Evolution.
Shariffudin Sahedan merupakan CEO Group Of Companies. Berpengalaman selama sembilan (9) tahun dalam bidang Pengurusan, Motivasi, Kepimpinan dan Komunikasi.
Beliau banyak membantu majikan dan pengurusan tertinggi syarikat terutamanya SME dalam memberi latihan pembangunan modal insan, kepimpinan, taktik pelaksanaan dan syarikat Swasta, GLC (Government Link Companies) dan juga Agensi Kerajaan.
KONSULTAN / PENASIHAT BERPENGALAMAN DALAM STRATEGI PEMASARAN.
Berpengalaman sepuluh (10) tahun dalam bidang Pengurusan dan Komunikasi. Tujuh (7) tahun terlibat dengan Kepimpinan & Motivasi. Mempunyai sijil TTT (Train the Trainer) yang disahkan oleh HRDF. BUSINESS TO CONSUMER (B2C).
Mengadakan dan menyampaikan kepada sekolah dan masyarakat mengenai program kesedaran siber. Memberi kursus latihan dalam Perencanaan Strategi dan taktik perlaksaan dan pengurusan bisnes.
BUSINESS TO BUSINESS (B2B) – LATIHAN KORPORAT & IN-HOUSE
Marelli Asia Pacific
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Darul Quran, (JAKIM)
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Amanah Ikhtiar Malaysia
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Securities Industry Development Corporation (SIDC)
Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA)
KPM Melaka, KPM Beranang
Cybernetics International College of Technology
Aziatex Global Sdn Bhd
Tuan Shafiq Supenah adalah seorang tokoh terkenal dalam bidang kempen pemasaran digital dan pakar pasukan jualan (Team Sales) . Beliau merupakan Chief Growth Officer untuk FunnelEvo.
Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Evo Dagang. Peranannya melibatkan memanfaatkan pengalaman luasnya dalam penjualan dan pemasaran digital untuk membantu perniagaan berkembang melalui strategi pemasaran yang berorientasikan sasaran dan pengurusan pangkalan data.
Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang jualan dan pemasaran pada tahun 2007 dan sejak itu telah memperoleh pengalaman luas, terutamanya dalam pembangunan pasukan. Beliau telah berjaya menguruskan rangkaian sehingga 5,000 ejen dan membantu banyak usahawan untuk meningkatkan perniagaan mereka sehingga mencapai angka jualan bulanan yang signifikan.
Beliau juga aktif di media sosial, terutamanya di TikTok, di mana beliau berkongsi tip perniagaan dan kandungan motivasi, membantu khalayak yang lebih luas memahami dan mengaplikasikan strategi jualan dan pemasaran yang berkesan.
Antara dibawah bimbingan dan konsultasi beliau, Minyak Afiat, Fefet Malaysia, Pak Mat Western dan syarikat-syarikat dibawah bimbingan FunnelEvo.
3 Modul Utama Yang Akan Di Kupas Di Program Amazing Founder Nanti...
Speaker : Tuan Fahdi Ghazali (Businesss Growth Mentor)
Hari Pertama: Sesi Pagi
Di sesi ini kita akan ketahui punca - punca kenapa bisnes tak grow. Bisnes akan dianalisis punca utama yang menghalang pekembangan bisnes untuk pergi lebih laju. Tn Fahdi akan juga akan menekankan dimana aspek yang perlu dititkberatkan terlebih dahulu bilamana bisnes mengalami masalah.
Dan yang paling penting disini akan diterangkan cara untuk growkan bisnes dengan lebih laju!
Speaker : Tuan Pudin (Pakar Pengurusan Team)
Hari Pertama: Sesi Petang
Di sesi kedua ini Tn Pudin akan membantu anda untuk tahu apakah lapisan operasi dalam syarikat yang patut ada dan apakah tugas - tugas mereka. Tuan Pudin juga akan membantu anda untuk kenal pasti 'strengths & weaknesses' setiap orang dalam team anda untuk anda letakkan mereka bersesuaian dengan potensi mereka.
Di akhir segmen ini Tn Pudin juga akan memberikan cara & kaedah untuk ambil orang yang betul masuk dalam syarikat anda!
Speaker : Tuan Shafiq (Pakar Jualan & Pemasaran)
Hari Kedua: Sesi Pagi
Hari kedua sesi pagi ini anda akan didedahkan dengan strategi penjualan dan pemasaran yang terkini dan lebih 'up to date'. Strategi yang diberikan merangkumi pelbagai niche bisnes dan boleh dibuat secara terus pada bisnes anda!
Di sesi ini juga Tn Shafiq akan membantu anda untuk menggunakan Articial Intelligence (A.I.) dalam operasi jualan dan pemasaran anda!
Speaker : Tuan Fahdi Ghazali (Businesss Growth Mentor)
Hari Pertama: Sesi Pagi
Di hari kedua sesi terakhir ini, mentor Tn Fahdi akan membuka sesi soal jawab bersama peserta. Peserta akan diberikan ruang untuk bertanya apa sahaja jenis soalan berkaitan bisnes. Disini Tn Fahdi akan menjawab segala soalan bagi membantu usahawan dengan pengalaman bisnes yang beliau lalui.
Jangan hadir jika anda:
Anda layak untuk hadir jika:
Lebih 100,000 Usahawan Telah Dibantu & Dibimbing Oleh FunnelEvo!
Tunggu Dulu...✋
Ada Bonus Tambahan Untuk Anda Yang Mendaftar Harini! Jom Tengok Apa Hadiahnya...
Anda Akan Dapat Buku fizikal 'Mudahnya Menjadi Majikan' Yang Bernilai RM60 Secara PERCUMA!
Yang Mana Buku Ini Ditulis Khas Daripada Tuan Shariffudin Untuk Membantu Majikan Memantapkan Lagi Operasi Bisnes Anda!
TIKET GENERAL
✔️1x Tiket Amazing Founder 2 Hari
✔️ Seating Dibahagian Tengah
✔️Buku Fizikal Mudahnya Menjadi Majikan
✔️ 6 Bonus Ebook & Template
RM129
RM49 Sahaja!
TIKET VVIP
✔️ Seating Dibahagian Hadapan
✔️2x Tiket VVIP Amazing Founder 2 Hari
✔️ Merchandise FunnelEvo
✔️Buku Fizikal Mudahnya Menjadi Majikan
✔️ 6 Bonus Ebook & Template
RM499
RM299 Sahaja!
F.A.Q.
1. Kelas akan diadakan secara offline atau online?
> Kelas Amazing Founder akan diadakan selama 2 hari secara bersemuka (offline) di IDCC Shah Alam.
2. Saya kurang mahir daftar secara online. Macam mana saya nak daftar?
> Tekan button whatsapp dan hubungi team kami sekarang. Team kami akan bantu anda untuk pendaftaran ke Amazing Founder.
3. Modul apa yang akan dikupas pada Amazing Founder nanti?
> Ada 4 topik utama merangkumi pelbagai aspek bisnes. Dari strategi marketing & sales sehinggalah cara bina team yang padu dalam bisnes. Sesi soal jawab juga akan dibuka pada hujung sesi.
4. Saya layak ke join Amazing Founder ni?
> Jika anda owner bisnes yang dah berniaga lebih 1 tahun, mempunyai sekurang - kurangnya 2-4 orang staff, dan jualan minimum mencecah RM10,000 sebulan. Ya anda layak!
5. Bilakah bonus yang dijanji akan diberikan?
> Kesemua bonus akan diberikan selepas anda hadiri sesi Amazing Founder. PASTIKAN ANDA HADIR.
6. Ada rakaman yang akan disediakan di sesi Amazing Founder ini?
> Tiada rakaman disediakan. Pastikan anda hadir ke Amazing Founder.
7. Kalau saya tak hadir, boleh refund / carry forward ke next seminar?
> Tiada refund / carry forward untuk bagi mereka yang tidak hadir. Boleh hubungi team kami untuk sebarang info.